? ??????????????Candy Hearts? ????? ?? ???Rating: 4.3 (4 Ratings)??8 Grabs Today. 1989 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????The Simple Life (New)? ????? ?? ???Rating: 4.6 (25 Ratings)??8 Grabs Today. 2411 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 17, 2012

Little calliph vs Children Islamic Centre..

Assalamualaikum.. Serious,hati berdebar2..bln 10,minggu ke2.. Mohon supaya Allah memberi rahmat & selamat semuanya... Dalam pada menyiapkan keperluan org baru,saya jugak sibuk memikirkan penempatan/sekolah main2 utk si ank dara Nuur 'Irdina bg thn 2013.bukan apa,selain dr faktor rekod abg dia yg msk sekolah umur 4 thn,faktor kematangan & talkative & minat dia juga diambil kira.x larat hari2 nk bg alasan bila dia nk ikut pg sekolah.sblm ni igt dah finalised nk masukkan dia dlm program little caliph,tp agk jauh dari bndar br selayang (ofis mama & sekolah si abg)...tp itu yg terdekat.tp minggu ni tiba2 bercambah banner C.I.C naik area bbs..rupa2nya ada branch yg br nk dibuka...perlu berfikir lagi nmpknya.yuran lbh kurang & program pun lebih kurang.more in islamic programme,english medium... http://www.cic.net.my/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1 Tukang tulis : Mama 'Imran

54 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Thanks for considering CIC as your choice. CIC is now spreading its wings to selayang area: Bandar Baru Selayang and Selayang Pandang/ Desa Bakti.

CIC is a English Medium and Islamic based kindergarten since 1997. Do visit our centers and believe in our service. Thank you again for your support.

add us on facebook: CIC Selayang Pandang.

Anonymous said...

org ckp bos CIC syiah..betul ke? baik ngaku cepat

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya bertemu seorang sahabat di Kedah pada Disember 2013. ...
Sembang punya sembang....rupanya dia cousin kpd pengasas/founder CIC. Beliau mengesahkan pengasas CIC adalah pengikut tegar SYIAH.

Berhati2 parents yg hantar ank ke CIC....
Ia mungkin akn memesongkan fahaman ank2 terhdp sirah Rasulullah SAW. ....jika tidak secara terangan memesongkan akidah....nauzubillah.

Anonymous said...

* Maaf.... Disember 2012*

Anonymous said...

Salam. Saya sudah menghantar 4 orang anak ke CIC. Dari yang sulung sehingga yang paling kecil. Saya sangat berpuas hati dan saya tidak mendapati sebarang unsur shiah dalam pembelajarannya. Saya cukup hairan apabila ibubapa muslim menghantar anak ke pusat pendidikan bukan muslim tidak pula timbul isu agama pengusahanya.

www.cic.net.my said...

Tuduhan dan fitnah sebegini tidak pernah dialami oleh CIC semenjak penubuhannya pada tahun 1997. Mutaakhir ini apabila CIC mendapat sambutan hangat daripada ibubapa muslim, pelbagai tuduhan termasuk sebenarnya dimiliki oleh syarikat Cina. Walaubagaimanapun kami istiqamah meneruskan perjuangan mendidik generasi muda muslim. Pun begitu manusia2 penabur fitnah dan khabar angin ini perlu dibawa kemuka pengadilan. Sangat besar tuduhan tersebut ke atas CIC dan boleh mendatangkan fitnah kepada CIC. CIC adalah pusat perkembangan individu yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Malaysia. Subjek yang diajar di CIC ialah BM. English, Sains, Matematik, Art & Craft dan religion (kafa & praktikal solat). Manakala guru2 yang mengajar di CIC adalah dari kelulusan dip/ ijazah dari pelbagai universiti/kolej di malaysia. Pihak CIC tidak teragak2 untuk mengambil tindakan yg tegas terhdap individu yang cuba merosakkan imej dan nama baik CIC.Perbuatan menabur khabar angin dan fitnah adalah satu dosa yang amat besar di sisi agama dan usaha untuk membenterasnya adalah satu usaha mulia. Terima kasih kepada Tuan yang menyampaikan berita fitnah ini kepada kami, dan sekiranya pihak "orang ramai "tersebut tidak meminta maaf kepada pihak CIC kami akan mengambil tindakan sekiranya menemui bukti yang boleh dibawa ke muka pengadilan. Sekiranya tidak insya Allah pihak CIC akan menuntutnya di hadapan Qadhi Rabbul Jalil di mahsyar kelak. Sekiranya pihak Tuan terdengar lagi perkara seperti ini tolonglah ingatkan mereka dengan ayat Allah Ayat ke-6 surah al Hujurat. La haula wala quwata illa billah.( from CIC HQ)

Diana said...

Saya pun sedang survey tentang CIC dan mana-mana preschool lain untuk menempatkan anak saya bagi sesi persekolahan tahun 2014. Anak saya berumur 4 tahun & lelaki.

Rasanya pilihan terbaik adalah CIC, di mana mereka menyediakan program Zamrud yang mana saya boleh menempatkan anak saya dari pagi hinggalah ke petang. Tak yah fikir untuk ambil dan hantar di mana-mana tempat di sebelah petangnya.

Insya Allah CIC adalah pilihan saya untuk perkembangan IQ anak saya.
Insya Allah..


Anonymous said...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=543626015690980&id=100001307602340&refsrc=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fphoto.php&refid=9&_rdr#_=_

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...

cuba lawat laman web ni...

http://www.cic.net.my/index.php#

pastu click kat PARENTS task bar baca item
no. 3. Expecting too much of children

ada kenyataan tentang...
Hadithe Mufazzal, our sixth Imam...<= bukan ke ada unsur pegangan ahli syiah ni.

3. Expecting too much of children

Some parents would like their children to behave totally like adults. They don’t want them to run around, to play, to talk loudly, even to touch things around the house. What they should understand is that all these activities are part of growing up. To be a healthy adult, children need to have passed through various stages, each of which is a building block in his character.

In Hadithe Mufazzal, our sixth Imam describes the wisdom behind the childish behavior which some adults dislike.

Anonymous said...

saya cadangkan bagi parenta yg nak hantar anak2ke mana sekalipun, buatlah 'homework' terlebih dahulu. Betul, berita sebegini kita tak blh terus percaya.Kaji dulu kesahihannya. Saya setuju dgn komen di atas. Terdapat artikel yg dipetik dari penulis syiah, sekiranya ia merupakan sesuatu yg terlepas pandang oleh pihak pengurusan cic, kenapa artikel tersebut tidak ditarik balik dari laman web cic? Juga ceo cic pernh mendapat master dari upm dan tajuk tesis beliau adalah berkenaan ucapan imam Ali..

Anonymous said...

maaf ye..di MALAYSIA banyak jee...cmpny yahudi, USA , china dan lain2...yang selama ini mgamalkan penindasan terhadap komunity islam di negara mereka...tapi rakyat malaysia yang beragama islam tak kisah dan tak kecoh2pn bekerja di cmpny mereka...asalkan mereka tidak menyebar ajaran or kepercayaan mereka...if nak kata jahat....jahat dan kejam lagi mereka...al-quran sndiri mgesahkan...orang2 yang brcakap BURUK pasal CIC ni...diri sndiri dan anak2 or fmily pun telah mnebal darah daging hasil produk yahudi ni...(sayapn sama...)..dan xusahlah nak suka relakan diri nak jd kakitngan barat n yahudi utk mhancurkan perpduan islam...

Anonymous said...

Anak sulong saya sedang bersekolah di CIC dan ini tahun akhirnya. Dari apa yang saya amati, prestasi pelajarannya bagus dan memuaskan tapi bukan ini tujuan saya menulis komentar ini. Sama ada fitnah atau tidak, Allah lebih tahu tapi apa yang jelas adalah Ustaz yang mengetengahkan perkara ini bukanlah individu yang calang2 tetapi seorang yang terkenal dengan ilmunya. That said, I would put a higher degree of credibility on the ustaz as opposed to a unanimous explanation in a website and a publication in a newspaper.

Saya rasa tidak wajar kita underplay isu syiah ini kerana ia suatu isu yang amat serius yang melibatkan akidah. Perlu kita faham, bahawa pengikut syiah mengamalkan taqiyyah dan demikian membuat perbandingan antara syiah dengan agama bukan islam yang lain tidak tepat sebab dalam hal agama bukan islam lain, kita sudah jelas akan ketidak betulannya tetapi dalam hal syiah ini ia teramat mengelirukan dan halus - bergantung kepada tahap pemahaman kita tentang Islam.

Timbang-timbangkan.

wany said...

Salam semua..saya terpanggil untuk menulis disini kerana sebagai ibu bapa di cic saya sangat berpuas hati dengan prestasi putri saya.perbezaan ketara dari segi didiplin dan bacaan doa.solat pun bacaan lengkap dan mengikut mazhab kita aswj.
xde swbarang unsur syiah yang saya kesan. Tyduhan begini keatas amatlah saya kesalkan kerana bg saya cic adalah satu satu nya islamic preschool yang maju dan mula mengorak langkah di peringkat antarabangsa. Sudah twntu ramai pihak mulaegatur strategi untuk menjatuhlan nama baik cic. Sedangkan klu preschool lain spt smart reader yg sah sah dimiliki oleh kaum lain ok jer..x de plak kite nak jadikan isu..saya ada membaca artikel yg ditulis oleh seorang bwrmazhab syiah dan disiarkan di dalam web cic. Xde apa yang salah dalam artikel berkenaan..semuanya mengenai cara kita mendidik anak. Ambik yg elok dr atikel berkenaan.salah ke?

Anonymous said...

Walau pun pembelajaran pre scool CIC ok, tapi kalau yuran nye akan digunakan untuk pembangunan/financial syiah, saya tk akan sesekali hantar ke sana...terpulang lah kpd hak masing2

Anonymous said...

Awak ada bukti? Kalau tak dak bukti jangan tabur fitnah. Bila CIC buat penafian awak cakap takyah. Mcmana awak tahu? Adakah awak boleh membaca niat manusia ? . CIC diam awak kata " Betul lah tu sebab tu diam.Hebat awak. Nanti mati baru awak tahu besar atau kecil dosa penabur dan penyebat fitnah

Anonymous said...

Ada seorang ustaz yang memperjuangkan isu syiah di kedah telah mengeluarkan bukti semuanya.terdapat artikal dan salasilah pengusaha di kedah yg berkait rapat dgn syiah. Ustaz tu boleh dihubungi pada bila2 masa. Ustaz Abdullah Din.Cari dlm youtube untuk mengetahui profilnya.
Artikal tentang imam 6 di website CIC telah disimpan oleh beliau sebelum pihak pengurusan CIC menarik balik artikal itu.
Kita sendiri tahu mereka mengamalkan takiyyah.hubungi ustaz tu sekarang untuk dpt pandangan beliau dan tanya siapa pemilik CIC besar di kedah ni.

Anonymous said...

Salam. Fitnah Syiah terhadap CIC ni yang sedihnya datang dari orang agama juga. Dunia akhir zaman. Kalau betul Ustaz Abdullah Din mendakwa CIC ni Syiah, lebih baik dia datang terus ke ibu pejabat CIC atau mana premis CIC dan bertemu dengan pemilik atau francaisi atau guru-guru CIC. Ditakuti fitnah yang keluar dari mulut para Ustaz menyebabkan sebahagianummah menganggap para ustaz lebih teruk dari penjual ubat. Ustaz Abdullah DIn ni bukan pertama kali membuat tohmahan tidak berasas ini. Beliau pernah meminta maaf terhadap Ustaz Engku Ibrahim dari Terengganu kononnya Ustaz Engku Ibrahim adalah Syiah..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=606960762684116&set=p.606960762684116&type=1&theater

Anonymous said...

Selagi ada org mcm you nie lah islam tak berkembang....pegilah sibuk kpd ibubapa yg hantar tadika kristian and sekolah cina tu...

Anonymous said...

Kepada owner blog.

Saya rasa owner perlu stop all the comments sbb tidak berkaitan dgn entry.

Sekian.

A.A.R said...

Assalamualaikum wbt,
Saya telah menghantar anak saya ke CIC dlm kelas 5 tahun pd awal tahun ini Jan 2014 di CIC Puncak Jalil. Pada mulanya saya amat gembira dengan suasana pembelajaran & juga guru2 yg beretika terhadap pelajar2 kecilnya.Anak saya pula sering bercerita tentang kebaikan guru-gurunya.

Namun selepas beberapa bulan guru2 mula silih berganti dan saya telah mendengar banyak cerita yang kurang menyenangkan dr anak saya.

Pada mulanya saya tak berapa kisah dengan cerita ini tp apabila suatu hari dlm bulan Mac 2014 anak saya bercerita bahawa dia didenda berdiri sebab tidak tau membaca ABC hgga Z dan cikgu bertanya padanya"kat rumah buat apa. Main aje ye, tak belajar?"

Kemudian hari lainnya dia bercerita ramai pelajar dlm kelas (termasuk dirinya)di denda berdiri separuh kerana tidak tau menulis nama mereka, sehingga apabila balik ke rumah dia bersungguh mahu belajar menulis namaya hingga pandai kerana takut didenda lagi.

Kemudian anak saya didenda berdiri di waktu B.Inggeris kerana dia tidak meyiapkan homeworknya. Dan cikgu sempat berpesan kalau tak siap lagi homework esok dia kena berdiri sebelah kaki.

Baru2 ini di dalam kereta selepas kelas di bercerita bahawa cikgu memberi buku dengan membaling buku kepada pelajar. Saya berpesan padanya kalau cikgu buat lagi cakap pada teacher "cikgu jangan baling buku tak baik. Pagi tadi 20 May 2014 kejadian sama berlaku dan anak saya cuba menegur cikgu tapi menurut anak saya cikgu langsung tak mengendahkannya dan terus memberi buku dengan membaling buku kepada pelajar.

Soalnya di sini, nampaknya guru di CIC ini tidak langsung menurut etika pembelajaran seperti yg terpampang di papan2 kenyataan di CIC. Antaranya 1)tidak akan mendenda murid jika mereka membuat kesalahan dlm pelajaran,2) tidak akan mendenda murid sekiranya tidak menyiapkan tugasan di rumah .. dan banyak lagi yang dipamerkan.3) mendidik dengan cara berhemah dan sebagainya

Pernah suatu hari saya naik ke center sbb anak saya hendak ke toilet. Waktu itu perhimpunan pagi dan saya amat terperanjat apabila salah seorang dari cikgu sedang meninggikan suara & memarahi murid2 sewktu perhimpunan kerana tidak dapat menjawab soalannya. Anak2 ini berumur dari 4 hingga 6 tahun..dan kami membayar CIC untuk memberikan pembelajaran yg "condusive" utk anak2 kami & bukannya layanan yang sedemikian.

Saya harap pihak CIC boleh melihat apa yang berlaku dan perbaiki keadaan ini. Amat meyedihkan apabila anak2 kecil ini dilayan sedemikian rupa oleh guru yang kurang beretika ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam..patutnya call terus owner cic puncak jalil tu..punjak jalik franchisee..kalau komen dekat sini..diorg pun takkan tau pasal masalah mcmni..email ke..call je terus cic puncak jalil tu..mintak ckp dgn owner dia..baru senang amik tindakan kt staff tu...lgpun anak i kat cic jugak..so far teacher ok..its depend on the person..if this kind of teacher you should complaint direct to the cic puncak jalil owner..

Anonymous said...

Hm.. Betul tu. If i were you, I would just go n see the owner personally what you have seen n happened to yr child.

A.A.R said...

Assalamualaikum,

Rujukan kepada post saya bertarikh 21 May 2014.

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kpd Puan Azlina, isteri kpd owner CIC Puncak Jalil & Teacher Azuana pengurus CIC Puncak Jalil.

Sejurus mengetahui berkenaan post sy di blog ini beliau telah menghubungi saya utk berbincang mengenai perkara ini.

Intipatinya, mungkin setiap ibu bapa mempunyai 'expectation' yg berbeza apabila menghantar anak2 mereka ke kindergarden.

Bagi saya, pd umur 5 tahun sy mengharapkan anak saya ke sekolah supaya dapat bergaul dengan rakan2 lain dan merasa gembira utk ke sekolah. Tiada tekanan untuk 'mesti' dpt membaca, mengira & sebagainya dengan sempurna pd umur ini.

Dlm masa yg sama ada ibu bapa yg mahukan cikgu2 bertegas dengan anak2 mereka supaya anak2 dpt membaca, menulis & mengira berbaloi dengan yuran yg dibayar setiap bulan.

Walaupupun begitu saya dpt melihat perkembangan yg baik dr saya dr segi bacaan doa2, bacaan sembahyang & ayat2 lazim & menulis.


Sy juga memahami tekanan yg dihadapi oleh guru2 untuk memenuhi 'expectation' yg berbeza ini.

Mungkin di sepanjang perjalanan utk mendidik anak2 ada kesilapan2 kecil yg dilakukan guru2 utk memenuhi 'expectation' ini, juga kesilapan dr saya sebagai seorg ibu kerana tidak melihat perkara ini dr sudut pandangan yg berbeza.

Setelah perbincangan dilakukan dengan Puan Azlina dan guru2 di CIC Puncak Jalil (T.Azuana, T.Ifa & T.Latifah) saya berpuas hati dengan segala penerangan yang diberikan.

Saya juga berterima kasih kerana pihak CIC sentiasa terbuka untuk berbincang tentang perkembangan pelajar2 mereka dengan ibu bapa.

Saya mengharapkan tulisan awal yg ditulis tidak akan memberi kesan yg buruk utk CIC Puncak Jalil khasnya & CIC yg lain amnya. Saya hargai usaha mereka untuk memberikan yg terbaik pd anak2 CIC yg lain.

Sekian. Terima kasih.





Anonymous said...

Wow! I mmg tgh nk cari kindy yg sesuai for my son. Guess CIC will definitely be my choice. Tq for sharing ideas.

Anonymous said...

I sent my children to LC Bukit Beruntung.The method is good but i think they have management problem.I really feel uncomfortable with teacher keep changing every 2 months.When my children start to love this one teacher, that teacher gone and keep changing.For rm250 per months, and rm1380 upon registration, I am frustrating.And have to wait till end of year to change school.The principle also not so pleasent .Yes, my children can read a simple words, yet is it enough?

Ieja mail said...

So far I feel comfortable with LC bandar mahkota cheras...Principle and teachers are doing well....we mixed around and alhamdulillah my daughter who is 5yrs could read a simple story from the book...she can perform solah ...and read iqra'. Mybe its depend on the franchise too

Liza said...

Ada sesiapa yang nak share tentang LC Bandar Mahkota Cheras? Saya baru registerkan anak saya pada tahun ini.. Expectation takde la tinggi sangat. Tapi saya harap dia dapat bergaul dengan baik sebab selama ni saya jaga sendiri. Terlebih manja pulak..

Kidbux Blog said...

Thanks sharing, CIC Enrichment Centre , formerly known as Children Islamic Centre, is one of the largest Islamic education centre with over 2,000 students in 25 locations, offering preschool, playschool and afterschool programmes. This international class is only offered at CIC Bangsar. For detail see:
http://kidbuxblog.com/nurture-children-the-right-way/

zakiah zakaria said...

thanks for sharing, sedikit sebanyak membantu saya membuat pilihan untuk reg. anak.

Norash Vision Trading said...

Apasal yang kolot sangat risaukan syiah yang juga saudara muslim dengan ahlul sunnah wal jamaah. Dengan yang bukan bukan muslim tak kolot pulak... Apa ke jenis orang Islam lah golongan kolot tak bertamadun ni...

Norash Vision Trading said...

Kolotnya kamu ni... Dok menyibukkan diri buat fitnah tohmahan terhadap sesama muslim kenapa...? Syiah pun Islam juga saudara kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah.Akidah sama syahadah pun sama. Kenapa tak sibukkan diri dengan yahudi zionist yang menzalimi muslim palestin atau musyrik buddha yang menzalimi etnik rohingya dan lain2 lagi tu...? Akal ada Allah swt kasi tapi tak nak guna dengan betul... Muslim kolot la kome ni...!!!

Norash Vision Trading said...

Ustaz ke atau sesiapa saja sama ada syeikh ke kalau bersikap kolot menyibukkan diri memecah belahjan perpaduan ummah Islam menggunakan isu syiah yang juga saudara Islam hamba Allah swt dan umat Nabi Muhammad saw spt yg dilakukan oleh ustaz yang kome puji sangat tu terang-terang menunjukkan bahawa ustaz kome tu tak mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw yang sebenar di mana Baginda Rasulullah saw berjuang menyatukan umat.Baginda saw tidak pernah sesekali memporak - porandakan umat mcm yg kome dan ustaz suu' yg kome puji tu...

Norash Vision Trading said...

Nabi Muhammad saw telah pun memberi peringatan supaya lebih berhati-hati dengan orang yang beragama berbanding dengan orang biasa kerana dikalangan orang ahli agama ni terdapat ramai ulama suu' yg pentingkan diri sendiri dengan merosakkan akidah dan perpaduan ummah muslim. Golongan ulama suu' ni lebih bahaya dari non muslim yang tak sibuk pun pasal syiah atau aswj sbg jemaah Islam.

Norash Vision Trading said...

Syiah pun Islam juga.Kenapa risau sangat?

Norash Vision Trading said...

Yang menjadi batu api kepada permusuhan saudara antara golongan muslim sunni dan syiah macam anda ini lah Rasullah saw kata duri dalam daging yang sangat membahayakan umat Islam.

Norash Vision Trading said...

Jangan mengalah CIC dengan segala fitnah yang dilemparkan oleh pengikut-pengikut iblis,syaitan,dajjal laknatullah yang sibuk cuba mensabotaj operasi CIC menggunakan isu Syiah. Allah swt akan sentiasa bersama golongan yang benar.

Nurul Ajis said...

Syiah cabang islam mna? Yg mengangkat ali sebagai rasul, dan nenafikan Nabi muhamnad s.a.w sebagai pesuruh Allah?

Nurul Ajis said...

Syiah cabang islam mna? Yg mengangkat ali sebagai rasul, dan nenafikan Nabi muhamnad s.a.w sebagai pesuruh Allah?

Norash Vision Trading said...

Kalau orang syiah bukan muslim bagaimana mereka boleh menunaikan umrah haji di Kota suci Mekah? Sedangkan Allah swtvdivdalam al-Quran menyatakan tidak akan dapat masuk ke Masjidil Haram orang-orang bukan Islam termasuk dajjal di akhir zaman. Ada akal Allah swt anugerahkan fikir-fikirkanlah.

Norash Vision Trading said...

Sekiranya benar orang2 syiah mengangkat Ali sbg Rasul dan menafikan Muhammad saw sbg Rasulullah mereka tidak memenuhi syarat rukun Islam yg Pertama. Akan tetapi kenapa mereka diterima oleh Allah swt memasuki Tanah Haram dan menunaikan ibadat solat,umrah,haji dll di dalam Masjidil Haram?

Salini Abd Samad said...

Assalamualaikum..... Saya dari Johor Bahru, dan kemungkinan akan berpindah bekerja di Alor Setar .. Boleh saya tahu waktu operasi untuk CIC kindergarden di Alor Setar ni? Memandangkan saya bekerja pada hari sabtu .. Macam susah nak bawa anak ke kedah kalau taska tutup pada hari Sabtu.

Anonymous said...

Assalamualaikum...sy baru menghantar anak sy di CIC tmn desa..progress utk bulan ni biasa2 saje. Sy nak tanya knp teacher yg d ambil mengajar di situ di kalangan lepasan SPM? Bkn ke sepatutnya lebih tggi lagi taraf pendidikn memandangkn cic private skol..sedangkan tadika KEMAS pun di kalangan guru2 berpengalaman.Di cic student jg dibenarkan bawa makanan dr luar, bkn ke sepatutnya tidak di benarkan bawa makanan dari luar..sy tak tahu menu yg mereka sediakan,kalau setakat biskut kering kita bayar tiap bulan mahal utk apa.. Masih terlalu awal utk sy membuat kesimpulan..Mungkin juga sy perlu melakukan pemeriksaan mengejut..

noor azam said...

3. Expecting too much of children

Some parents would like their children to behave totally like adults. They don’t want them to run around, to play, to talk loudly, even to touch things around the house. What they should understand is that all these activities are part of growing up. To be a healthy adult, children need to have passed through various stages, each of which is a building block in his character.

In Hadithe Mufazzal, our sixth Imam describes the wisdom behind the childish behavior which some adults dislike.

TEXT ATAS DARIPADA WEBSITE CIC YG LAMA YG MANA MEREKA TUTUP APABILA DIDEDAHKAN ISU SYIAH. WEBSITE BARU SKRG DAH TAKDE. TUAN/PUAN2 CUBA GOOGLE APA YG DIMAKSUDKAN HADITH MUFAZZAL DI ATAS. BUKU YG JADI RUJUKAN MEREKA PADA TAJUK DI ATAS IALAH HADITH E--MUFAZZAL OLEH IMAM JA'FAR AL-SADIQ YANG MANA PADA PENGIKUT SYIAH ADALAH IMAM KE-6 MEREKA.

HARAP IBU BAPA PERIKSA ATAU PASTIKAN BETUL2 SEBELUM MENGHANTAR ANAK KE CIC.

ANDA BOLEH DENGAR PENJELASAN LEBIH BAIK DI SINI:
https://www.youtube.com/watch?v=4od0PA0v52w
minit ke 17
WALLAHUALAM..

Anonymous said...

Salam..pengalaman sy hantar anak ke cic bangi tahun lepas agak kecewa..sy tk bermaksud nk buruk2 kan cic ..mana2 skolah pon sama saja kdg2 iklan terpapar besar2 di merata tempat menunjukkan hebatnya skolah masing2..tp bg sy semua bergantung pada pengurusan tenaga pengajar di tempat tersebut bukan sbb satu cawangan saja bermasalah sy tk anggap semua cawangan lain bermasalah juga..hanya pendapat sy sahaja..

Miss Bliss said...

Hati2 saudara jgn kita asyik memperkatakan org lain sesat Allah s.w.t membolak balikkn hati kita. Org syiah juga menunaikan semua perintah Allah s.w.t spt umat islam lain. Tiada siapa yg tahu keimanan seseorg melainkan Allah s.w.t. Neraka & syurga bukan kita yang tentukan. Wallahualam..

Unknown said...

Salam .. saye tinggal di area kajang .. saye nak apply keje under cic .. macam mane ye ? tmekaseh :)

nurul aiman said...

saya tak terlibat dgn isu ini tapi saya nak betulkan bahawa syiah memang bukan islam.itu sahaja.sekilas membaca sahaja

nurul aiman said...

saya tak terlibat dgn isu ini tapi saya nak betulkan bahawa syiah memang bukan islam.itu sahaja.sekilas membaca sahaja

Anonymous said...

Syiah Bukan Islam.
Dari Ibnu Abbas ujarnya, saya pernah berada di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersamaan dengan Ali. Saat itu Nabi bersabda kepada Ali: Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka dikenal dengan nama Syi’ah Rafidhah.

Mengatakan syiah Itu Islam adalah satu FITNAH BESAR buat agama Islam.

Anonymous said...

Saat itu Nabi bersabda kepada Ali: Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka dikenal dengan nama Syi’ah Rafidhah. Karena itu bunuhlah mereka sebab mereka adalah kaum musyrik.

Norash Vision Trading said...

Syiah Islam. Mereka beramal dengan rukun Islam macam ahlul sunnah wal jamaah juga.

Anonymous said...

bahaya betul ni..puak syiah dah start nak berkembang di malaysia..SYIAH BUKAN ISLAM..jgn biarkan malaysia jadi spt di syria bila puak syiah ni berkembang..

Anonymous said...

Assalamualaikum wbh semua pembaca,

- Berhubung isu syiah dgn CIC ini, marilah kita berlaku adil kpd kedua-dua pihak.
- Pertamanya, marilah kita fahami dulu apa itu akidah/pegangan/amalan kedua-duanya iaitu Syiah & ASWJ.
- Cuba tanya diri kita sendiri dulu, kita faham kah apa itu Syiah dan apa itu ASWJ...? Kalau kita kata dua-duanya sama...petanda awal yg kita tak faham..
- Kalau kita tak faham, tapi nak berdebat menegakkan sesuatu itu, kita telah berlaku zalim pada diri kita sendiri dan tidak berlaku adil pada org yg membaca.
- Kalau pemahaman kita setakat org pakai tudung labuh tu "Islam", yg kita nampak baca quran tu "Islam", nampak bersolat tu 'Islam', maknanya kita kena dalami lagi pemahaman kita.
- Kita kena juga 'ambil peduli/ambil tahu' konflik yang sedang berlaku di Syria sekarang khasnya...pembunuhan kejam umat Islam disana... kena tanya diri kita dan kena cari jawapannya... siapa yg membunuh, siapa yg dizalimi & dibunuh..kenapa dan sebagainya..
- Saya yakin tuan/puan semua org yg berakal fikiran tinggi, maka marilah kita berlaku adil dgn cuba mendapat kefahaman yg betul mengenai topik yg kita bincangkan ini...
- Ingat...kalau tersilap pilihan kita, disebabkan kita malas nak mencari maklumat dan malas nak menambah pemahaman kita.... anak anak kita yg akan jadi mangsanya..
- Marilah kita berlapang dada dahulu, buka fikiran dengan niat yg ikhlas utk berlaku adil pada diri dan keluarga kita khasnya, moga Allah permudahkan pemahaman kita dalam isu ini...
- Maklumat dihujung jari... ada banyak penerangan diberi oleh ramai Ilmuwan/agamawan dalam topik ini...khasnya dalam youtube..cuba search dan dengar. Youtube boleh diguna utk maksiat dan juga utk manafaat...sama juga macam kereta, boleh diguna utk maksiat dan manfaat..pilihan ditangan kita..
- Cuba dengar penerangan oleh lebih dari seorang ustaz...dengar berbagai penjelasan dan buat keputusan... Wallahualam..

The Prosecutors said...

CIC, Alahamdullilah 'no doubt' niat saya nak hantar nak ke sana untuk mendapatkan pendidikkan awal pra sekolah kerana faham keperluan pendidikkan awal adalah amat penting sebelum ke tahun satu. Tiga tahun saya hantar anak saya ke CIC dan Alhamdullilah anak saya berjaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam bahasa Malaysia dan juga Inggeris. Kemudian anak saya juga bole membaca tulisan jawi dan mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak berkenaan dengan KAFA. Sekarang anak saya di tahun 1 dan sedang mengikut 'dual language program' untuk Maths dan Science. Alhamdullilah berkat program atau kurikulum CIC anak saya berjaya ke tahun 1 tanpa masalah. Semua dengan Izin Allah SWT.