Assalamualaikum..
Yearghhh..hari ni 31/1/2012..
Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan 'menikmati' pinjaman2 yg Dia berikan...
hmmmm...2012..bermulanya satu episod, entry khas untuk anak2 saya (semua entry utk depa sebenarnya pongggg)
Mac 2012 - 'Imran 5 tahun & mr.papa 32 thn
Jun 2012 - 6th anniversary
Julai 2012 - mama 32 thn
Ogos 2012 - 'Irdina 3 tahun
itu antara beberapa tarikh penting dalam keluarga kecik saya ;)
minggu dpn minggu ke4 'imran ke sekolah baru...umur 4 tahun dia di tadika & taska Al Hakmah, Bandar Baru Selayang..dia kat sekolah tu dari hujung 2009 masa umur dia blm pon 3 tahun...awal???ye, saya rasa pon dia terlalu awal ke sekolah. atas beberapa sebab saya hantar dia ke sekolah terlalu awal, salah satu sebabnya, kakak ipar yg jaga dia masa tu mendapat cucu lagi sorang yg jarak umur dgn 'irdina cuma 3 bulan..dlm ms yg sama ada lg cucu yg sulung umur (masa tuh) 4 tahun..kalau 'imran tak dimasukkan ke sekolah, bermakna kakak ipar saya akan menjaga 2 kanak2 (4 & 5 tahun) dan 2 baby (5 bln & 2 bln)..2 kanak2 tersebut boleh tahan jugak nakalnya dan saya rasa kakak ipar saya perlu memberi perhatian terhadap 2 baby, so, nak tak nak saya terpaksa sekolahkan 'imran..."abang, sebab tu la abg kena p sekolah seawal umur 3 tahun"..hehehehe..Alhamdulillah, masa mula2 hantar dia ke sekolah, saya x amik cuti pon, saya hantar & terus p ofis..hehehe..hati kering sungguh mama dia..saya berpendapat, sekolah/tadika/taska yg 'imran duduk tu berlesen dan semestinya pengasas,cikgu serta pengasuh telah mendapat kursus utk tangani budak2, so, x perlu saya turut serta menjadi sebahagian dari mereka ;)..cumanya, setiap sejam saya akan call tanya perkembangan 'imran..
seminggu 'imran masuk sekolah, tokwan (ayah saya) menyahut panggilan Ilahi..hampir seminggu lebih kami berkampung di kampung..dia balik dari kg,mula2 dia mcm serik nak ke sekolah,lps 2,3 hari baru ok...tapi masa tu dia blom official masuk kelas..on off kata cikgu dia sbb dia category nursery ;p
di awal2 nya, dia memang kuat pukul budak lain..hehehehe..sebab dia category big size kot..hari2 cikgu mengadu..msk bulan ke2, Alhamdulillah, aduan dah kurang..dia betol2 masuk kelas bila umur 4 tahun, juga di sekolah yang sama..apa yg saya paling suka dan nampak perubahan bila dia ke sekolah, dia dah boleh menghafal Al Fatihah, 3 Qul dan boleh dikatakan semua bacaan dalam solat(masa umur 3 tahun)..rupanya budak2 lebih suka buat kerja2 ilmiah ni dgn kawan2,sbbnya bila kat sekolah derang beratur tiap2 pagi dan akan baca semua bacaan yg sama setiap pagi kecuali hujan lebat ;p...tapi dalam pada suka pukul budak2 tu, Alhamdulillah, Allah kurniakan dia cepat ingat & hafal..2 penggal berturut2 dapat no. 1 tapi ikut rekod dalam buku kemajuan, 2 penggal juga dia dapat markah C utk kategori pergaulan..adoiyai la abang..hehehe..x pelah, Allah kan Adil..kalau dia bagi saya & suami anak yg bijak,baik tingkah laku, tak nakal, mungkin saya jadi ibu yang tak pandai bersyukur sebab tak diuji dengan tingkahlaku anak2..
masuk 2012, saya cuba ingin nak dia merasai pengalaman yang berbeza..ye lah, dia dah tahap super senior kat Alhakmah tu, semua cikgu2 dah dibuatnya macam kawan2, kalau yg kawan2, lagilah dimain2 kan je...
Penghujung 2011, mula survey2 sekolah lain di sekitar selayang jugak..Qdees bandar baru selayang jadi pilihan, sebab dengar rekemen kawan2..sekolah ni mmg english medium & ada sylibus nya yang tersendiri..tugas saya cuma survey & tugas mr.papa final decision..masa survey mmg bawa 'imran sebab nak bagi dia tgk keadaan sekolah..dah dia suka, trus book je dulu..ada swimming pool, mana tak suka..cakap bab yuran, mmg meruntun jiwa..huhuhu..tapi pejam mata je skang ni, semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak2,kami jugak mcm tu...harapan mmg besar..dibanding dengan zaman kecik saya & suami,sudah tentu tak sama..ye la..tahun 80an vs 2012..permainan dulu2 semua percuma, main baling kasut, mandi sungai,galah panjang, caplung (ketuk buah cenerai kat lubang buluh)..penah main???gasing yg buat sendiri dari dahan jambu batu..kalo anda pernah rasa main mainan tu semua, kita adalah sezaman dan mmg asal dari kg ;p..banding dgn mainan anak2 kita zaman sekarang, boleh kata semua jenis mainan kena beli, dah tu x reti jaga plak..pakai 2,3 hari (dah kira lama dah tu) dah jahanam..ok, berbalik pada cerita 'imran tadi..pendek kata dia mmg suka kat sekolah baru tu & dia masih transit disekolah lama sbb amik subjek Iqra kat situ..van akan amik & hantar ke transit..homeworks boleh tahan..pehtu amik plak subjek mandarin, bila ada homework mandarin, meraban jugakla dok tembak jawapan ;)..
Jan 2012
'imran ~ dah pandai naik basikal takde roda kecik 2 kanan kiri tuh..;)..pencapaian baik gak tu sbb saya dulu, darjah 1 baru berjaya capai tahap tu (sbb dapat naik basikal pon masa darjah 1, tu pon pinjam abg punya)..
~ pandai sambar je barang apa yg dia suka kat supermarket..huhuhu..setakat ada rm50, jgn la dok gatai2 singgah atau lalu kat kedai2 feveret dia..takut2 ada drama swasta keluarga plak ;)
~ pandai demand match tshirt dgn suar jeans @ slack..
~ selalu sangat mintak adik lelaki..dia soh saya cepat2 mengandung..nama pon dia dah ada..mungkin dia ingat, boleh order2 je online, 2-3 hari mengandung la kot..huhuhu..sabar abg, blom rezeki lagi nak tambah ahli keluarga baru..mmg saya pon nak sgt2 ;)
'irdina ~ anak dara sorang ni berkelebihan dalam bidang PR..sgt talkative..mungkin dia bercita2 nak jadi wartawan kot..cakap sekali je, dia boleh ingat..contohnya nama org..
~ msh lg blom ada sessi potty training..kalo ikut rekod 'imran dulu, masa umur 2 tahun setengah dah boleh free diapers dah..kali ni sebab mak dia sebok dok amik gambar kawen, so potty training anak dara terabai sket..nntilah, bln 2,3 ni x byk job kawen,so dah blh stat dah...
~ sgt independent, berani dengan apa saja (mlm gelap, org yg x kenal, x peduli mak ayah bila dapat jalan2 kat supermarket)..cuma dia takut dgn org mesin rumput..tak pasti samada takut dgn bunyi mesin @ pun takut dgn penutup muka ala2 perompak bank yang org tu pakai..
harapan saya, 2012 tahun gemilang buat saya sekeluarga..mohon supaya rezeki bertambah tak kiralah rezeki anak, rezeki kesihatan sekeluarga, rezeki senang hati..I.Allah, mudah2an, Allah makbulkan..oh ye, saya baru saja buat surat rayuan haji mak saya,doakan supaya dia dapat tunaikan haji musim ni..balik je dari umrah tahun lps, mmg dia teringin nak naik haji lagi..hj dia kali pertama tahun 92 dulu..mmg sangat jauh beza facilities dulu dan sekarang..ni tahun kedua saya cuba buat rayuan untuk dia,tahun lps dapat panggilan tapi last minit sgt, ada masalah mahram..harap2 impiannya ditunaikan kali ni..Aamin..
nota pendek : 'imran br sj baik dari dmm,cirit dan muntah2..Alhamdulillah.
Tukang tulis : Mama 'Imran
Friday, January 20, 2012
2012..Bermulanya Satu Episod...
Posted by ZanariahMdzain at 12:18 PM 0 comments Links to this post
Labels: new year
Monday, January 16, 2012
Catatan Seorang Freelance Lady Photographer

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita menjengah jua ke tahun 2012 & 1433H...
Alhamdulillah, nadi kita masih berdenyut, jantung kita jua kencang berdegup, pendek kata, kita masih bernyawa..tak perlu rasa kedekut utk ucap Alhamdulillah kpd Maha Pencipta kerana semua ini pinjaman cuma..
mukadimah entry yang pertama utk tahun ni...
huish lama benor x hapdet...setengah tahun...nasib baik teringat lagi cemana nak hapdet blog...bukannya x de cerita,baaaaanyak cerita sampai x tao nak letak cerita mana satu ;p...sebenarnya, bagi tahun 2011, saya gagal...saya gagal dalam mengurus masa saya sehingga saya x dapat mencatatkan diari saya buat mereka (anak2 saya) ;( bukan satu perkara yang gembira bagi saya bila saya gagal..tapi, saya tahu punca kegagalan saya adalah kerana terlalu obses dengan hobi & keinginan saya yang menggunung..Alhamdulillah, suami dan anak2 saya amat memahami jiwa saya yang terlalu memberontak untuk memajukan diri.
seusai sahaja sambutan hari raya di kampung, balik2 saja ke Rawang, Alhamdulillah, saya dihujani dengan puluhan wedding job atas kapasiti photographer the photolicious, salah satu company yang memberikan servis fotografi perkahwinan..perkenalan secara tidak sengaja dengan principal The photolicious dan peluang yang diberikan,perlu saya gunakan dengan sebaiknya..Alhamdulillah, peluang yang diberikan sgt mengujakan saya..tahap keyakinan, PR dan skil dalam fotografi perkahwinan ada menunjukkan kemajuan..
iye, entry ini berkisar kepada pengalaman saya..untuk tatapan anak2 saya bahawa bukan mudah untuk mencapai cita2 & keinginan..bukan sedikit pengorbanan yang perlu dibuat untuk merealisasikan keinginan..bekerja 7 hari seminggu (5 hari di pejabat & 2 hari di rumah org kahwin) bukan satu perkara yang diingini semua org ;P tapi bagi saya (setelah dapat keizinan suami) satu kepuasan..masa dan duit terpaksa dikorbankan demi memenuhi keinginan saya..satu perkara yang anak2 saya perlu tahu bahawa suami saya/ papa mereka takkan pernah support saya dari segi kewangan utk membeli gajet2 utk saya yg mencapai ribuan ringgit bagi satu2 gajet walaupun dia mampu utk berbuat demikian ;p tapi beliau akan berkompromi dari segi masa dan pengambilalihan tugas2 saya sebagai isteri bila saya ada jobs di hujung minggu..;) tq papa..itu sudah memadai bagi saya..sedikit sebanyak mengajar saya utk berusaha sendiri ;)
Alhamdulillah, 4 bulan pertama saya sebagai freelance photographer menampakkan hasil..hasil dari segi kewangan dan hasil dari segi improvement saya dalam fotografi..jadual mulai kendur bila cuti sekolah pada bulan Dis berakhir..huh, lega buat seketika kerana saya punyai masa untuk menjalani rutin seperti sebelum raya Aidilfitri ;)..
harapan saya bagi 2012/1433M ini ialah supaya saya lebih bijak dari tahun lepas ;)
masa sangat suntuk sebenarnya..dalam tempoh sukar 4 bulan tersebut,walau sesibuk mana dan walau sesukar mana pun, Alhamdulillah,saya dapat memperuntukkan masa yang benar2 berkualiti utk keluarga saya walaupun sedikit..cerita2 imran mengenai kawan2 & cikgu2 di sekolah, keletah2 anak dara saya sungguh menghiburkan..
Next entry : 2012..Bermulanya Satu Episod...(Ceh, tajuk macam bagusss je ;p)
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by ZanariahMdzain at 10:17 PM 2 comments Links to this post
Monday, July 18, 2011
Ole2 Bandung..
Alhamdulillah...
Family trip yg dirancang 3 bulan lps berjalan lancar..
1st experience bg adik naik flight,membazirkan duit papa hampir2 4 ratus,sebab adik x mo duduk atas seat dia sendiri & nak duduk kat riba mama sepanjang perjalanan...huh!! lenguh jugak,kata mama..kalo ikut mama memang x nak amik seat utk adik sbb umur bawah 2 tahun lg,tapi papa kata takut x larat nak pangku 2 jam nanti..sudahnya kena pangku gak sebab adik takut duk sorang :)...
persiapan memang rapi nak p sana sebab bawak budak2 & org2 tua (tok & opah)...rapi dari segi ubat-ubatan & makanan utk alas perut..makanan tu khas utk 'imran sbb memang kuat mengunyah...juga perancangan dari segi senarai outlet & tempat2 yg 'wajib' pegi bila sampai di Bandung...juga persiapan dari segi rancangan masa, supir & hotel utk menginap..
mmg tujuan kesana utk beli baju raya sambil2 bawak opah & tok serta makngah jalan2...
flight dari lcct kul 10am lbh krg (11 jam Indonesia)..sampai sana dah pukul 1 jam sana..trus check in Rumah Ebo yg berada di Jalan Dago..outlet mmg bersepah area situ,cuma x sempat nak pegi semua..lps check in, trus g cr Nasi padang..wajib makan ns padang bila sampai sana :p x sempat nak amik gambar sebab sibuk makan & bertepis ngan anak2 :p....
4 hari 3 mlm memang sangat memenatkan tapi semua enjoy!!outlet sgt banyak utk di 'lawati'..hahahaha..tapi memang x termampu nak 'melawat' semua..barang2 memang kebanyakannya sgt murah & no wonder baju budak2 ni penuh beg & x sempat nak dibuka sampai sekarang & pastinya juga ongkos mama & papa agak kering bulan ni..hahahaha...x pe la, bukan selalu dapat ke sana!!
Rumah ebo???ini adalah rumah penginapan yg mama booking slps buat beberapa siri survey..jalan dago boleh di katakan heart of kota bandung..berada berhampiran dgn beberapa outlet eg Blossom, Jet Set, Gossip, Rumah Mode, etc & juga tempat2 makan..rumah ebo seolah2nya berada di kg..hehehe..pokok durian pon ada..dikelilingi kolam kecil yg penuh dgn ikan yg kecik skit jer dari saiz adik 'Irdina :p...betol dari apa yg mama review sal rumah ebo..breakfast yg disediakan jugak berkenan di hati dan berkenan di perut :)...sagt2 direkemen dengan harga yg berpatutan,jugak disediakan dgn pak supir & mpv yg sgt2 selesa pd harga yg berpatutan (stlh disurvey dgn kwn2 yg pernah berkunjung ke sana).
berada di kota bandung, masa perlu diuruskan dgn cekap demi memenuhi tuntutan nafsu membeli :)..hehehehe.. x dela...memandangkan bukan selalu berpeluang kesana,sebolehnya semua outlet hendak dijejak..jadi masa perlu diurus sebaik mungkin supaya x menyesal..hehehehe..dan sekiranya berhasrat utk shopping sahaja, pergilah tanpa membawa anak2 kecik..kalopon tiada pilihan dan terpaksa bawa, cekalkan hati & sabar banyak2..hehehehe..kang anak ke mana, shopping kemana..hehehehe..sekian..
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by ZanariahMdzain at 4:41 PM 0 comments Links to this post
Labels: Vacation
Saturday, May 7, 2011
Tak dak gambaq...
Entry ni jugak x dak gambaq!
Aku berada di terengganu, panas lg nih..baru sampai...
Menginap di hostel universiti malaysia terengganu..tujuan kedatangan untuk bersukan..heheheh..sempena sukan badan berkanun malaysia kali ke 7..mcm x caya aku jd atlit..kekekeke..dah budak2 muda,bujang x mo main, mps hantar juga ibu beranak 2 neh..aku main dlm acara feveret aku,badminton...aku x terer pon..kalo bg pilihan, aku rasa aku lbh berbakat dalam bola tampar..
Hmmmm,aku teringat ank2 yg ditinggalkan dgn mr papa..sorry papa,again & again tinggalkan kids & papa..tapi dah deal, bulan 6 ni dia pulak nak ber hang out ngan kwn2 dia g mancing kat pulau jarak,lumut...ok,deal!! Bab jaga anak, mr papa dah excellent,wajar dipuji based on his track record during my umrah trip last 2 months..hehehehe, sampai 'irdina x bp nak kat mama bila touch down kat KLIA ms g umrah ritu...
Dok dorm?rasa mcm back to school :)..bagus jugak,sesekali merasai environment lain..double decker,dok kt ats..fuhhhh!jgnla aku terbawa2perangai ngigau zaman skolah dulu..haha...7 hr kejohanan berlangsung..we'll try our best..i.allh..paling penting,byk tmpat cantik kt tganu ni & hrpnya nnti berpeluang singgah sekejap,at least aku ada peluang nk menembak sekeping 2....
Ok,di kesempatan ni,aku nk wish selamat hati ibu sedunia buat semua ibu2 especially buat yg paling di kasihi bonda2 tersayang hjh salbiah mansor & hajah jah ahmad..kalian memang hebat!!!!
Sebenarnya,setiap hr adalah hari ibu sbb jasa & pengorbanan ibu bukan blh diiktiraf hanya pada hr ibu sahaja :)...
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by ZanariahMdzain at 5:33 PM 0 comments Links to this post
Friday, April 15, 2011
Road to Baitullah (part last)
Bismillahirrahmanirrahim..
Hmmm..setiap tghr jumaat, InsyaAllah, br ada masa nk hapdet..kekeke..
Lg pon aku ada mslh yg agk besar skang ni bilamana broadband dah x lei pakai..huhuhu..network kt opes pon x de la bgs sgt..
Itu masalah aku..:p
Ok,aku cuma nak sambung cerita prrjalanan umrah, walopon dah basi..keke..nnti kot imran & irdina besar, dep bc, depa tao la
Yg mama pernah tgglkan depa 14 hari...hehehe..
Perjalanan dari hotel menuju Rumah Allah buat pertama kalinya memang sgt mendebarkan! Tatkala memandang kaabah dgn mata sendiri mengundang perasaan yg x boleh digambarkan dgn kata2..hanya sayu,airmata dan perasaan penuh kesyukuran..rasa diri sgt dekat dgn Pencipta...hilang seketika masalah urusan dunia, hlg sekejap ingatan terhadap suami,ank,keluarga yg ditinggalksn,shbt2,kwn2...ye..itu perasaan yg aku rasakan...
Pertama kali membuat tawaf, mata x lps dr memandang kaabah..subhanallah..umrah aku yg pertama selesai pd jam 2am...
Rutin harin di makkah seperti biasa,matlamat semua org ke sana adalah utk bersembahyang di dlm masjid haram setiap waktu jika keadaan kesihatan mengizinkan..selain dari tu, di celah2 waktu solat, ramai yg mengmbil kesempatan membuat amalan2 sunat lain..tawaf, bc quran,sembhyg sunat,etc...
Membeli belah jugak merupakan satu pekerjaan di sini..hehehe, cukup ala kadar dan x perlu berlebih lebihan..
Aku semakin kehilsngn idea..hehehe..tuntutan kerja kat opes buat aku x dpt recall dgn tenang..huhuhu..
Lg 1 masalah aku, aku x biasa dgn keyboard pad yg jenis touch2 ni,aku x pandai!
P/s : sok imran ada trip..nk jumpa upin ipin katanya..good!! Ank mama matang..
Posted by ZanariahMdzain at 1:35 PM 0 comments Links to this post
Friday, March 25, 2011
Road To Baitullah (Part II)
Bismillahirrahmanirrahim...
Yea, hr ni aku berkelapangan sket nak sambung cerita aku neh..kekekekeke..maklumla hr jumaat,rehat panjang sket..ada 2,3 org selisih ngan aku request cpt2 sambung part II..kan?..kan? (haa, jgn dok geleng..aku sebut nama t) :p....ok..stop kat mana ek ritu???o ye, sblom aku lupa, utk part II ni aku x tempek gambar sbb dah fully upload dlm fb..jgk2la ke sana k, ada 2 album (ces, mcm album lagu :p)....
6 hb Mac 2011...sampai di madinah jam 3.30am..mana mungkin aku mengantuk walopon travel sepanjang hari, mana x nya, menyedari kaki sudah menjejak tanah haram buatkan aku rasa antara percaya @ tidak..hotel yg aku menginap nama Al Reem, dlm 3-4 minit utk smpai ke dataran An Nabawi..mandi & siap2 utk solat subuh, oleh kerana sampai lg 15 minit msk waktu, makanya kami hanya dapat bersujud di dataran sahaja :p makcik2 arab berkulit x berapa nak sawo matang dan berjawatan sebagai guard masjid kot dah tutup pintu daaa..dah penuh la dalam tu..
x pe la..rela dlm redha la..sapa soh lmbt sgt siapnya???:p pemandangan biasa di depan An Nabawi, ramai org akan singgah, kalo x singgah pon berhenti sebentar utk jamu mata tgk org jual2 pakaian di luar dataran masjid..murah la, tapi kualiti kain x lei la banding ngan yg jual mahal2 kat kedai yg proper...madinah waktu aku smpai cuaca dingin dan kering..hidung aku mula buat hal..mudah berdarah!!!nak x nak aku pakai face mask la, rasa mcm jd misi pon ada, tapi bagus jugak..pak2 arab x dpt cam la muka aku..kekekekeke..
hari pertama di Madinah, rutin adalah berulang alik ke masjid selain makan, jamu mata & aktiviti lumrah lain eg p toilet, bli simkad, amik gambar,tepon anak2 & suami dsb...juga sebagai pengantara antara mak aku & abg2 serta akak2 ipar aku yg nak tao perkembangan kami di sana (aku taip msg general & send to many jer la :)..casnya adalah 0.35 sen 1 msg..x de la mhl sgt..
sesudah 'isya' programnya adalaha menziarahi makam Rasulullah S.A.W, di temani mutawif dari Indonesia..sepanjang jln menuju gate 25 yg mana menempatkan makam Junjungan Besar tu, serius, aku mmg berdebar2..rasanya semua org berperasaan macam tu..cuba tanya org lain yg penah ke sana???mcm tu la aku rasa..yg mana di situla terdapatnya Makam Junjungan Besar Muhammad S.A.W..mengucapkan salam & mengirimkan salam buat Baginda..& disitu jugak lah terdapat Raudhah iaitu antara tempat2 yg mustajab utk berdoa..kedudukan Raudhah adalah antara Mimbar Nabi & Makam Nabi, terdapat 12 tiang yg menandakan kawasan Raudhah (betulkan aku kalo aku tersilap)..ni aku dgr dr mutawif tu tapi dalam buku2 panduan umrah haji pon ada rasanya..selain dari tanda tiang(finishes tiang tu jugak lain dr tiang2 lain-ada kaler gold, ukiran dsbg..aku x dan nak tgk btol2 sbb org bersesak mcm nak lari dari perang..berebut2, disinila perlunya tenaga yg banyak, bukan sja nak jaga diri juga jg org2 tua dalam jemaah),realnya di dalam kawasan Raudhah, pihak pengurusan letakkan karpet bewarna hijau tapi dah jadi warna hijau kelabu dah skang neh..ha, kat situla tmpat mustajab berdoa sesudah sembahyang mutlak 2 rakaat.mlm pertama mmg aku x dpt btol2 ke depan, org itam mana ntah (x reti bahasa la tu, time group dia dah abis tp x mo kuar2 jugak) tolak aku ngan mak aku tapi ALhamdulillah, dapat juga bersolat menyempit sambil berdoa jgnla ada org pijak leher aku @ mak aku..o ye..aku lupe (asyik lupa je..dah byk urat aku ni putus :p)..sblm msk Raudhah, pengurusan dah asingkan jemaah ikut negara jemaah..contohnya Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dlm 1 group, kalo yg kulit2 itam, Iran, Turki group lain plak..
7hb Mac..hr ni ada aktiviti ziarah luar..g melawat masjid Quba', ladang kurma, kilang Al-quran, Jabal Uhud, lalu perkuburan Baqi'..sblm zhr dah balik ke hotel...malamnya lg sekali berpeluang ke Raudhah..kali ni persediaan mental & fizikal lg bagus dri mlm tadi, makan banyak sket bg ada tenaga..kekeke..kaedahnya sama jugak..bila masuk je gate tu, sembahyang tahiyatul masjid, tunggu turn & msk...
aku bercerita ni dari sisi seorg jemaah perempuan ye sebab kalo utk lelaki, x de prosedur mcm ni rasanya..depa msk pintu lain :p
8hb Mac..hari ni merupakan hr last di Madinah..sesudah Zohor akan berangkat ke Mekah..berdoa semoga dapat bertemu mu lagi Ya Muhammad..
keluar dari Madinah menuju Bir 'Ali..berniat & berihram di sini..Bir 'Ali adalah tempat bermiqat bagi org2 yg dtg dr Madinah, perjalanan kira2 15 minit dari Kota Madinah..jugak suspens sbb kali pertama dalam ihram, bertalbiah sesudah ihram menuju Kota Makkah..Madinah -Makkah mengambil masa kira2 4-5 jam perjalanan..sampai di makkah hampir 10.30am..
Labbaikallah...
aku stop sini dulu..nanti aku smbung lg..I.Allah..hari ni birthday 'Imran yg ke 4 taon..selamat hr lahir abg!!
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by ZanariahMdzain at 1:55 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, March 23, 2011
Road to Baitullah..
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, berpeluang menjejak kaki di tanahair & memeluk anak2 pada jumaat 18hb Mac 2011..
sedikit catatan perjalanan menuju Rumah Allah buat tatapan diri sendiri, peringatan & pengajaran kepada yg membaca sekiranya ada :p..
5 mac 2011..meninggalkan suami & anak2 dirumah membuatkan hati isteri & ibu cukup tersentuh..anak2 masih diulit lena saat aku sebak cium kedua2nya (eh..ketiga2nya :p), rasanya inilah perpisahan terpanjang sepanjang hayat aku :) tapi, pujuk ati jgn diikut sgt..smpai KLIA l/kurang 3.00am, x pasal2 menjadi pelanggan McD seawal pagi demi nak heat perut yang masing2 kesejukkan..theeethee...ramai yang setia menghantar ke airport walopon check in sesudah subuh (abg2 aku kri, amar, amin,jamal,akk2 ipar aku k.mah, k.rina juga is & si kecik arissa, jugak x lupa anak2 buah aku soraya & izzat).. naik pesawat Garuda Indonesia menyebabkan kami nak x nak kena p Indon dulu..hehehehe..sebaik take off, aku lena, sedar2 dah sampai Jakarta..mana x lena, semalaman aku x tido, abg2 aku mai umah nak melawat aku & mak (depa bukan nak tgk aku pon, nak tgk mak je la, dah mak dok umh aku, nak x nak depa kena tgk aku skali :p)....transit 2 jam di Jakarta, nak pekena secawan teh pon takut, mengecas dgn harga Rp34,000...huhuhu..risao mak aku :p..dah lepak 2 jam, naik pesawat Garuda Indonesia Boieng 747, 2.95/3 isi perut adalah rakyat Indonesia dari segala ceruk, sudut & kepulauan..menemuduga seorang jemaah, depa spend kira2 Rp21 juta semata2 untuk umrah, BUKAN haji..kerana Indonesia menetapkan had umur haji sehingga 60 tahun sahaja, daripada kempunan x jejakkan kaki ke tanah haram, sanggup bergolok gadai demi untuk ke Rumah Allah untuk umrah sahaja..aku terpikir!!
10 jam dari Jakarta-Jeddah mmg melemaukan aku..hilang sudah bau CK Eternity yg aku sembur pg2 buta tadi..hehehehehe...sampai di Jeddah jam 8.30pm waktu sana..kuar dari Terminal Hajj, naik bas plak berdurasi 5 jam menuju Tanah Haram Madinah..sebelum tu disambut k.li, sepupu aku yg memang dok makkah..
sampai Madinah dlm jam 3.30am 6hb Mac 2011...
Sambung next entry ye..
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by ZanariahMdzain at 4:52 PM 4 comments Links to this post

