Assalamualaikum..
Yearghhh..hari ni 31/1/2012..
Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan 'menikmati' pinjaman2 yg Dia berikan...
hmmmm...2012..bermulanya satu episod, entry khas untuk anak2 saya (semua entry utk depa sebenarnya pongggg)
Mac 2012 - 'Imran 5 tahun & mr.papa 32 thn
Jun 2012 - 6th anniversary
Julai 2012 - mama 32 thn
Ogos 2012 - 'Irdina 3 tahun
itu antara beberapa tarikh penting dalam keluarga kecik saya ;)
minggu dpn minggu ke4 'imran ke sekolah baru...umur 4 tahun dia di tadika & taska Al Hakmah, Bandar Baru Selayang..dia kat sekolah tu dari hujung 2009 masa umur dia blm pon 3 tahun...awal???ye, saya rasa pon dia terlalu awal ke sekolah. atas beberapa sebab saya hantar dia ke sekolah terlalu awal, salah satu sebabnya, kakak ipar yg jaga dia masa tu mendapat cucu lagi sorang yg jarak umur dgn 'irdina cuma 3 bulan..dlm ms yg sama ada lg cucu yg sulung umur (masa tuh) 4 tahun..kalau 'imran tak dimasukkan ke sekolah, bermakna kakak ipar saya akan menjaga 2 kanak2 (4 & 5 tahun) dan 2 baby (5 bln & 2 bln)..2 kanak2 tersebut boleh tahan jugak nakalnya dan saya rasa kakak ipar saya perlu memberi perhatian terhadap 2 baby, so, nak tak nak saya terpaksa sekolahkan 'imran..."abang, sebab tu la abg kena p sekolah seawal umur 3 tahun"..hehehehe..Alhamdulillah, masa mula2 hantar dia ke sekolah, saya x amik cuti pon, saya hantar & terus p ofis..hehehe..hati kering sungguh mama dia..saya berpendapat, sekolah/tadika/taska yg 'imran duduk tu berlesen dan semestinya pengasas,cikgu serta pengasuh telah mendapat kursus utk tangani budak2, so, x perlu saya turut serta menjadi sebahagian dari mereka ;)..cumanya, setiap sejam saya akan call tanya perkembangan 'imran..
seminggu 'imran masuk sekolah, tokwan (ayah saya) menyahut panggilan Ilahi..hampir seminggu lebih kami berkampung di kampung..dia balik dari kg,mula2 dia mcm serik nak ke sekolah,lps 2,3 hari baru ok...tapi masa tu dia blom official masuk kelas..on off kata cikgu dia sbb dia category nursery ;p
di awal2 nya, dia memang kuat pukul budak lain..hehehehe..sebab dia category big size kot..hari2 cikgu mengadu..msk bulan ke2, Alhamdulillah, aduan dah kurang..dia betol2 masuk kelas bila umur 4 tahun, juga di sekolah yang sama..apa yg saya paling suka dan nampak perubahan bila dia ke sekolah, dia dah boleh menghafal Al Fatihah, 3 Qul dan boleh dikatakan semua bacaan dalam solat(masa umur 3 tahun)..rupanya budak2 lebih suka buat kerja2 ilmiah ni dgn kawan2,sbbnya bila kat sekolah derang beratur tiap2 pagi dan akan baca semua bacaan yg sama setiap pagi kecuali hujan lebat ;p...tapi dalam pada suka pukul budak2 tu, Alhamdulillah, Allah kurniakan dia cepat ingat & hafal..2 penggal berturut2 dapat no. 1 tapi ikut rekod dalam buku kemajuan, 2 penggal juga dia dapat markah C utk kategori pergaulan..adoiyai la abang..hehehe..x pelah, Allah kan Adil..kalau dia bagi saya & suami anak yg bijak,baik tingkah laku, tak nakal, mungkin saya jadi ibu yang tak pandai bersyukur sebab tak diuji dengan tingkahlaku anak2..
masuk 2012, saya cuba ingin nak dia merasai pengalaman yang berbeza..ye lah, dia dah tahap super senior kat Alhakmah tu, semua cikgu2 dah dibuatnya macam kawan2, kalau yg kawan2, lagilah dimain2 kan je...
Penghujung 2011, mula survey2 sekolah lain di sekitar selayang jugak..Qdees bandar baru selayang jadi pilihan, sebab dengar rekemen kawan2..sekolah ni mmg english medium & ada sylibus nya yang tersendiri..tugas saya cuma survey & tugas mr.papa final decision..masa survey mmg bawa 'imran sebab nak bagi dia tgk keadaan sekolah..dah dia suka, trus book je dulu..ada swimming pool, mana tak suka..cakap bab yuran, mmg meruntun jiwa..huhuhu..tapi pejam mata je skang ni, semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak2,kami jugak mcm tu...harapan mmg besar..dibanding dengan zaman kecik saya & suami,sudah tentu tak sama..ye la..tahun 80an vs 2012..permainan dulu2 semua percuma, main baling kasut, mandi sungai,galah panjang, caplung (ketuk buah cenerai kat lubang buluh)..penah main???gasing yg buat sendiri dari dahan jambu batu..kalo anda pernah rasa main mainan tu semua, kita adalah sezaman dan mmg asal dari kg ;p..banding dgn mainan anak2 kita zaman sekarang, boleh kata semua jenis mainan kena beli, dah tu x reti jaga plak..pakai 2,3 hari (dah kira lama dah tu) dah jahanam..ok, berbalik pada cerita 'imran tadi..pendek kata dia mmg suka kat sekolah baru tu & dia masih transit disekolah lama sbb amik subjek Iqra kat situ..van akan amik & hantar ke transit..homeworks boleh tahan..pehtu amik plak subjek mandarin, bila ada homework mandarin, meraban jugakla dok tembak jawapan ;)..
Jan 2012
'imran ~ dah pandai naik basikal takde roda kecik 2 kanan kiri tuh..;)..pencapaian baik gak tu sbb saya dulu, darjah 1 baru berjaya capai tahap tu (sbb dapat naik basikal pon masa darjah 1, tu pon pinjam abg punya)..
~ pandai sambar je barang apa yg dia suka kat supermarket..huhuhu..setakat ada rm50, jgn la dok gatai2 singgah atau lalu kat kedai2 feveret dia..takut2 ada drama swasta keluarga plak ;)
~ pandai demand match tshirt dgn suar jeans @ slack..
~ selalu sangat mintak adik lelaki..dia soh saya cepat2 mengandung..nama pon dia dah ada..mungkin dia ingat, boleh order2 je online, 2-3 hari mengandung la kot..huhuhu..sabar abg, blom rezeki lagi nak tambah ahli keluarga baru..mmg saya pon nak sgt2 ;)
'irdina ~ anak dara sorang ni berkelebihan dalam bidang PR..sgt talkative..mungkin dia bercita2 nak jadi wartawan kot..cakap sekali je, dia boleh ingat..contohnya nama org..
~ msh lg blom ada sessi potty training..kalo ikut rekod 'imran dulu, masa umur 2 tahun setengah dah boleh free diapers dah..kali ni sebab mak dia sebok dok amik gambar kawen, so potty training anak dara terabai sket..nntilah, bln 2,3 ni x byk job kawen,so dah blh stat dah...
~ sgt independent, berani dengan apa saja (mlm gelap, org yg x kenal, x peduli mak ayah bila dapat jalan2 kat supermarket)..cuma dia takut dgn org mesin rumput..tak pasti samada takut dgn bunyi mesin @ pun takut dgn penutup muka ala2 perompak bank yang org tu pakai..
harapan saya, 2012 tahun gemilang buat saya sekeluarga..mohon supaya rezeki bertambah tak kiralah rezeki anak, rezeki kesihatan sekeluarga, rezeki senang hati..I.Allah, mudah2an, Allah makbulkan..oh ye, saya baru saja buat surat rayuan haji mak saya,doakan supaya dia dapat tunaikan haji musim ni..balik je dari umrah tahun lps, mmg dia teringin nak naik haji lagi..hj dia kali pertama tahun 92 dulu..mmg sangat jauh beza facilities dulu dan sekarang..ni tahun kedua saya cuba buat rayuan untuk dia,tahun lps dapat panggilan tapi last minit sgt, ada masalah mahram..harap2 impiannya ditunaikan kali ni..Aamin..
nota pendek : 'imran br sj baik dari dmm,cirit dan muntah2..Alhamdulillah.
Tukang tulis : Mama 'Imran
Friday, January 20, 2012
2012..Bermulanya Satu Episod...
Posted by HOMESTAY D’SIERRA ALAM SURIA PUNCAK ALAM at 12:18 PM 0 comments
Labels: new year
Monday, January 16, 2012
Catatan Seorang Freelance Lady Photographer
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita menjengah jua ke tahun 2012 & 1433H...
Alhamdulillah, nadi kita masih berdenyut, jantung kita jua kencang berdegup, pendek kata, kita masih bernyawa..tak perlu rasa kedekut utk ucap Alhamdulillah kpd Maha Pencipta kerana semua ini pinjaman cuma..
mukadimah entry yang pertama utk tahun ni...
huish lama benor x hapdet...setengah tahun...nasib baik teringat lagi cemana nak hapdet blog...bukannya x de cerita,baaaaanyak cerita sampai x tao nak letak cerita mana satu ;p...sebenarnya, bagi tahun 2011, saya gagal...saya gagal dalam mengurus masa saya sehingga saya x dapat mencatatkan diari saya buat mereka (anak2 saya) ;( bukan satu perkara yang gembira bagi saya bila saya gagal..tapi, saya tahu punca kegagalan saya adalah kerana terlalu obses dengan hobi & keinginan saya yang menggunung..Alhamdulillah, suami dan anak2 saya amat memahami jiwa saya yang terlalu memberontak untuk memajukan diri.
seusai sahaja sambutan hari raya di kampung, balik2 saja ke Rawang, Alhamdulillah, saya dihujani dengan puluhan wedding job atas kapasiti photographer the photolicious, salah satu company yang memberikan servis fotografi perkahwinan..perkenalan secara tidak sengaja dengan principal The photolicious dan peluang yang diberikan,perlu saya gunakan dengan sebaiknya..Alhamdulillah, peluang yang diberikan sgt mengujakan saya..tahap keyakinan, PR dan skil dalam fotografi perkahwinan ada menunjukkan kemajuan..
iye, entry ini berkisar kepada pengalaman saya..untuk tatapan anak2 saya bahawa bukan mudah untuk mencapai cita2 & keinginan..bukan sedikit pengorbanan yang perlu dibuat untuk merealisasikan keinginan..bekerja 7 hari seminggu (5 hari di pejabat & 2 hari di rumah org kahwin) bukan satu perkara yang diingini semua org ;P tapi bagi saya (setelah dapat keizinan suami) satu kepuasan..masa dan duit terpaksa dikorbankan demi memenuhi keinginan saya..satu perkara yang anak2 saya perlu tahu bahawa suami saya/ papa mereka takkan pernah support saya dari segi kewangan utk membeli gajet2 utk saya yg mencapai ribuan ringgit bagi satu2 gajet walaupun dia mampu utk berbuat demikian ;p tapi beliau akan berkompromi dari segi masa dan pengambilalihan tugas2 saya sebagai isteri bila saya ada jobs di hujung minggu..;) tq papa..itu sudah memadai bagi saya..sedikit sebanyak mengajar saya utk berusaha sendiri ;)
Alhamdulillah, 4 bulan pertama saya sebagai freelance photographer menampakkan hasil..hasil dari segi kewangan dan hasil dari segi improvement saya dalam fotografi..jadual mulai kendur bila cuti sekolah pada bulan Dis berakhir..huh, lega buat seketika kerana saya punyai masa untuk menjalani rutin seperti sebelum raya Aidilfitri ;)..
harapan saya bagi 2012/1433M ini ialah supaya saya lebih bijak dari tahun lepas ;)
masa sangat suntuk sebenarnya..dalam tempoh sukar 4 bulan tersebut,walau sesibuk mana dan walau sesukar mana pun, Alhamdulillah,saya dapat memperuntukkan masa yang benar2 berkualiti utk keluarga saya walaupun sedikit..cerita2 imran mengenai kawan2 & cikgu2 di sekolah, keletah2 anak dara saya sungguh menghiburkan..
Next entry : 2012..Bermulanya Satu Episod...(Ceh, tajuk macam bagusss je ;p)
Tukang tulis : Mama 'Imran
Posted by HOMESTAY D’SIERRA ALAM SURIA PUNCAK ALAM at 10:17 PM 2 comments